KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PENGURUSAN TEMPAT DUDUK



🏛 Penyusunan Kerusi dan Meja Dalam Bilik Khas

 Memudahkan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENGENALAN 

Setiap bilik khas mempunyai jumlah meja dan kerusi serta penyusunan yang berbeza-beza. Meja dalam makmal sains, makmal komputer dan bengkel kemahiran hidup adalah tidak boleh berubah, hanya jumlah kerusi sahaja yang selalu berubah-ubah. Oleh hal demikian, pengurusan tempat duduk dalam bilik khas mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Antara bilik khas yang akan dibincangkan adalah makmal komputer, makmal sains dan bengkel kemahiran hidup.

KELEBIHAN / KEKUATAN PENYUSUNAN MEJA

  • GURU DAPAT MENGAMBIL PERHATIAN TERHADAP PELAJAR LEMAH 

murid yang malas atau tidak aktif dalam kelas diletakkan berhampiran dengan meja guru dapat perhatian guru. Biasanya guru akan menyuruh mereka duduk di meja paling hadapan dan berdekatan dengannya agar mudah guru nak kawal dan pelajar tersebut perlu fokus kepada guru.


  • KEUDUDUKAN PELAJAR BERUBAH-UBAH


 Kedudukan pelajar dalam bilik khas berubah-ubah. Tidak seperti kedudukan dalam kelas yang mana pelajar mempunyai tempat duduk mereka tersendiri. Persaingan tempat duduk juga berlaku bergantung kepada minat pelajar terhadap subjek tersebut.

  • RUANG DALAM BILIK KHAS

Ruang dalam bilik khas membolehkan pelajar melakukan pelaksanaan aktiviti lain seperti ice breaking, membuat perbincangan secara skala besar.

  • PEMBENTUKAN KUMPULAN BELAJAR YANG EFISYEN.


·         Sebarang pembentukkan kumpulan belajar lebih mudah kerana meja di bilik khas adalah besar dan luas. Satu kumpulan dapat berkumpul di 1 meja sahaja dan dianggotai oleh pelajar cerdik dan pelajar yang lemah.


  • SEMUA PELAJAR DAPAT MELIHAT GURU


semua pelajar dapat melihat guru dan perkara yang diajarkan. Oleh hal demikian, semua pelajar dapat fokus kepada guru dan dapat menyalin nota yang telah ditulis oleh guru di papan putih atau hitam

  • GURU MUDA ATAU PEMBIMBING RAKAN 


 Jarak meja yang dekat menyebabkan pelajar lemah dapat bertanyakan kepada pelajar yang boleh menjadi pembimbing atau guru muda dengan mudah.



KELEMAHAN PENYUSUNAN MEJA:

  • PANDANGAN PELAJAR TERHALANG. 



kedudukan meja yang kekal (kedudukan meja tidak boleh berubah tempat) sering menyebabkan pelajar hadapan menghalang pandangan pelajar yang berada di kedudukan belakang. keadaan ini memaksa pelajar yang berada di kedudukan paling belakang untuk menulis sambil berdiri. pandangan yang terhalang menyebabkan pelajar terpaksa meminta nota dari pelajar lain selain menyebabkan pelajar menjadi tidak fokus.

  • TIADA KERJASAMA DALAM KUMPULAN.

kumpulan yang ditubuhkan melebihi 4 - 6 orang akan menyebabkan hanya sebahagian sahaja yang melakukan kerja manakala sebahagian lagi tidak menumpukan perhatian dan melakukan kerja lain

  • TIADA RUANG DI MEJA MAKMAL KOMPUTER

bagi ruangan di makmal komputer pula, sebahagian besar ruang meja meja diambil oleh desktop, tetikus dan papan kekunci. hal ini menyebabkan pelajar susah untuk meletakkan buku teks atau barangan mereka. 


  • PELAJAR TIDAK FOKUS 

 
pelajar yang berada di meja paling belakang tidak mengambil perhatian kerana pandangan mereka ditutupi oleh pelajara yang berada di meja-meja hadapan.


  • BILANGAN MURID ADALAH TERHAD



Jumlah pelajar yang ramai akan menyebabkan penggunaan meja yang banyak. namun dalam sebahagian bilik khas mempunyai susunan meja yang standard dan terhad. Hal ini menyebabkan jumlah pelajar dalam sesuatu kelas tidak dapat masuk ke bilik khas dan mereka perlu belajar dalam kelas. Sekiranya mereka belajar dalam bilik khas tersebut menyebabkan berlaku perebutan meja. Hal ini menyebabkan sebahagian pelajar perlu menulis sambil duduk di lantai atau duduk di kerusi. 

  • SAKIT ATAU LENGUH BADAN


kedudukan meja dan kerusi juga akan mengakibatkan rasa sakit atau lenguh pada badan pelajar. Pelajar yang duduk secara membelakangi papan putih atau hitam akan kerap berpusing ke belakang untuk melihat guru sedang mengajar atau mencatat nota yang ditulis guru di papan putih atau hitam. Keadaan ini mendorong pelajar menjadi sakit leher kerana kerap melakukan gerakan berpusing ke belakang yang berulang-ulang. Satu keadaan lain di mana pelajar perlu menundukkan tubuh mereka ketika hendak menulis atau mencatat nota. Kedudukan meja lebih rendah dari kerusi atau pelajar menulis sambil duduk menyebabkan pelajar akan merasakan sakit di bahu dan tulang belakang. Keadaan pelajar yang menulis sambil duduk atas kerusi dan menggunakan paha sebagai alas menulis akan mendapatkan sakit yang lebih teruk di mana mereka akan merasakan sakit di bahagian leher, bahu, pergelangan kaki (menjinjit kaki sebab nak jadi paha lebih tinggi  agar mudah nak menulis), lutut kerana tekanan pada kaki dalam jangka yang lama.